sEtuNtas saNg dAltOniEn

My photo
Kadang-kadang aku tak mengerti siapa diriku di tengah-tengah metafora ini..

Sunday, May 22, 2011

Pak Cik Tu Lagi Macho Dari Korg

Pada suatu hari 3 orang pelajar IPTA bercadang pergi bercuti ke suatu pulau. Di hari yang dijanjikan, merekapun menyewa sebuah bot

bersama dengan pemandu bot yang sudah tua. Perjalanan ke pulau itu mengambil masa yang lama lalu ke 3-3 pelajar IPTA tadi merasa 

boring. Untuk menghiburkan hati, mereka berpakat untuk mempermainkan pemandu bot yang sudah tua itu. Berkatalah salah seorang

pelajar itu kepada pemandu bot, "pakcik,pakcik tau geografi tak??". pemandu tua tadi menggeleng-gelengkan kepala. Lalu mereka bertiga

ketawa geli hati. Pelajar kedua pula bertanya, "pakcik,pakcik tau matematik tak?"..Pakcik itu menggeleng-geleng kepala tanda tidak

tahu. Ketiga-tiga pelajar tadi ketawa lagi dengan penuh bangga. Pelajar ketiga pula bertanya, "Pakcik, pakcik tau tak apa itu

fizik kuantum mekanik?". Pakcik itu tunduk saja tanda tidak tahu dan malu. Lalu mereka bertiga ketawa besar," ahahaha...ahak

fizik pun tak tau..".Perjalanan diteruskan sambil pelajar2 itu berbual sesama mereka. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap, laut

yang tenang menjadi bergelora. Hempasan ombak mula masuk dalam bot. Ketiga-tiga pelajar tadi menjadi pucat dan terasa takut. 

Mereka tak mau mati diusia muda. Tiba-tiba pakcik yang berwajah tenang itu bersuara, "anak-anak semua tahu berenang tak?".

Ketiga-tiga mereka menggeleng-geleng kepala. Lalu pakcik tua itu ketawa besar ," ahahs..ahahks...hahahahahah..." lalu terjun ke

laut dan berenang kepulau yang berhampiran. Maka karamlah ketiga-tiga pelajar tadi bersama bot itu.

Pengajarannya..

1)usahla kita berbangga dengan ilmu yang kita ada..

2) jangan memandang rendah pada orang yang nampak kurang berilmu

3) ilmu yang kita ada belum tentu dapat menyelamatkan kita di sutuasi yang kita tidak duga.

Saturday, May 21, 2011

Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua tidak sesekali meminta kerajaan Malaysia, menurunkan harga petrol serendah yang ditawarkan Venezuela kepada rakyatnya. Cukup sekadar harga petrol yang dikenakan tidak menekan dan menyusahkan rakyat bawah. CUKUP!! Sebabnya implikasi dan kesan rantaian yang cukup besar kepada ekonomi Malaysia apabila harga petrol dinaikkan tanpa ada kajian yang terperinci.
Berlainan pula dengan keadaan di luar sana, terutamanya negara-negara pengesport minyak dunia yang tidak sedikit pun terjejas untuk kegunaan domestik apabila berlakunya kenaikan mahupun penurunan harga minyak dunia. Sebab apa? Mereka adalah pengesport minyak dunia dan mempunyai rezab simpanan minyak yang cukup besar. Yang pastinya negara-negara Arab mengungguli kedudukan senarai 10 negara memberikan harga petrol termurah di dunia untuk tahun 2010.


10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.
1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.
Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia
# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

Sunday, May 8, 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain HitamTu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


Ya Allah...bila la aku dapat gi sini~~